Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Jurutera Halang Tugas Anggota Polis Didenda Rm1 500

Published: 21 Feb 2024 2.34 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 21 Februari 2024 - Gara-gara menghalang tugas anggota polis dengan enggan mengemukakan dokumen pengenalan diri dan mengeluarkan kata-kata provokasi, seorang jurutera didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-jurutera-halang-tugas-anggota-polis-didenda-rm1-500
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:43 MYT
Kuala Lumpur, 21 Februari 2024 - Gara-gara menghalang tugas anggota polis dengan enggan mengemukakan dokumen pengenalan diri dan mengeluarkan kata-kata provokasi, seorang jurutera didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret S.Mageswary menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh B. Karthikeyan, 31 tahun, mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Sekiranya gagal membayar jumlah denda itu, lelaki itu boleh dipenjara selama sebulan dan tertuduh membayar jumlah denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Karthikeyen didakwa telah sengaja menghalang Inspektor KV. Suresh (Pegawai Kanan Polis) untuk menjalankan tugas dengan cara enggan memberikan kerjasama semasa diminta mengemukakan dokumen pengenalan diri.

Tertuduh turut mengeluarkan kata-kata kasar berunsur provokasi semasa ditanya mengenai laporan polis yang pernah dibuat.

Kesalahan itu dilakukan di cawangan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini pukul 5 pagi pada 17 Februari lalu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'Jurutera halang tugas anggota polis didenda RM1 500, KUALA LUMPUR Gara-gara Kesalahan dilakukan tugas Bahagian enggan po
ArticlePublished 21 Feb 2024 2.34 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM