Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Judi Online Warga Pdrm Tidak Akan Terlepas Tindakan Tatatertib

Diterbitkan: 30 Oct 2024 9.42 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.48 PM
Kuala Lumpur, 30 Oktober 2024 - “Berapa peratus kaki judi ini menjadi kaya? Jika kalah dan wang sudah habis, ia akan membuka pelbagai peluang lain, mereka (anggota/pegawai) ingin ‘pau' atau terbabit dalam rasuah,” kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Sri Azri Ahmad.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-judi-online-warga-pdrm-tidak-akan-terlepas-tindakan-tatatertib
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:51 MYT
Kuala Lumpur, 30 Oktober 2024 - “Berapa peratus kaki judi ini menjadi kaya? Jika kalah dan wang sudah habis, ia akan membuka pelbagai peluang lain, mereka (anggota/pegawai) ingin ‘pau' atau terbabit dalam rasuah,” kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Sri Azri Ahmad.

Kerana itu, menurut Dato' Sri Azri, anggota dan pegawai polis yang terbabit dalam aktiviti judi dalam talian (JOL) tidak akan terlepas daripada tindakan tatatertib.
"Ini yang kita akan bendung, JIPS akan melakukan pemeriksaan berkala termasuk ujian air kencing dan pemeriksaan telefon pintar,” katanya lagi ketika dihubungi.

Menurut Dato' Sri Azri, pihaknya tidak akan berkompromi dengan golongan terbabit.
“Berdasarkan statistik semasa pasukan Risikan dan Operasi (RO) JIPS, 25 pemeriksaan dan serbuan sudah dilaksanakan dan daripada jumlah itu, 16 anggota ditahan kerana terbabit dalam aktiviti JOL.

“Mereka akan dikenakan tindakan tatatertib selepas siasatan selesai sepenuhnya,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 30 Oct 2024 9.42 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.48 PM