Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Jspt Perkeso Anjur Kempen Keselamatan Babit Kenderaan Berat

Diterbitkan: 30 Dec 2024 8.30 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.55 PM
Kuala Lumpur, 30 Disember 2024 - Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi mendekati syarikat pengangkutan dalam mengurangkan kes kemalangan membabitkan kenderaan berat hingga mengorbankan nyawa di negara ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-jspt-perkeso-anjur-kempen-keselamatan-babit-kenderaan-berat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:49 MYT

Kuala Lumpur, 30 Disember 2024 - Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi mendekati syarikat pengangkutan dalam mengurangkan kes kemalangan membabitkan kenderaan berat hingga mengorbankan nyawa di negara ini.

Pengarah JSPT, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, melalui pendekatan itu, program ceramah akan diberikan berkaitan keselamatan jalan raya kepada pemandu syarikat pengangkutan.

“la langkah susulan selepas JSPT menjalinkan kerjasama dengan PERKESO dalam usaha memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya bermula di peringkat sekolah hingga ke universiti.

“Malah program ini turut membabitkan pengusaha p-hailing di negara ini,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text


ArtikelDiterbitkan 30 Dec 2024 8.30 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.55 PM