
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Jspt Larang Guna Lampu Kecemasan Waktu Hujan
Kuala Lumpur, 28 November 2023 - Normalisasi terhadap penggunaan lampu "double signal" atau lampu "hazard" ketika hujan dilihat cenderung mengakibatkan kemalan...
Kuala Lumpur, 28 November 2023 - Normalisasi terhadap penggunaan lampu "double signal" atau lampu "hazard" ketika hujan dilihat cenderung mengakibatkan kemalangan jalan raya.
Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, perbuatan menyalakan lampu "hazard" dibenarkan untuk waktu kecemasan sahaja.
"Sekiranya pemandu dalam konteks kecemasan (akibat hujan lebat), mereka perlu menghentikan pemanduan jika darjah penglihatan terhad dan tidak berupaya mengawal kenderaan.
"Lampu "hazard" ini adalah bertujuan untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya lain serta menarik perhatian kenderaan yang mengekori untuk mengambil tindakan segera dan selamat bagi mengelak pelanggaran," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.