
Article
Keratan Akhbar Pilihan Jerat Tak Pernah Lupakan Pelanduk Pdrm Tak Henti Buru Jho Low Untuk Dibawa Ke Muka Pengadilan Kpn
Kuala Lumpur, 8 September 2023 – “Jerat tak pernah lupakan pelanduk,” tegas Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berhubung usaha menjejaki ahl...
Kuala Lumpur, 8 September 2023 – “Jerat tak pernah lupakan pelanduk,” tegas Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berhubung usaha menjejaki ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.
“Saya sudah cakap sebelum ini. Jerat tidak pernah lupakan pelanduk.
“Sama juga seperti Jasmine Loo, bekas peguam 1MDB, orang tidak bertanya mengenai keberadaan dia sebelum ini, tetapi kita (polis) berjaya bawa balik, sama juga seperti Jho Low,” katanya.
Beliau ditemui pada Majlis Penutup Simposium Forensik bagi Penguatkuasa Undang-Undang ke-4 di Maktab PDRM, Cheras di sini, semalam.
Menurutnya, kertas siasatan terhadap Jasmine Loo di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, pecah amanah sudah dilengkapkan dan diserah kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) sejak Ogos lalu.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.