Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Jangan Risau Sjr Sesak Pengarah Jspt

Published: 13 Feb 2023 6.29 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 12 Februari 2023 - Pelaksanaan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) persendirian milik warganegara yang menggunakan mod paparan digital tidak akan menjejaskan operasi pemeriksaan ketika sekatan jalan raya (SJR) sehingga menyebabkan kesesakan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-jangan-risau-sjr-sesak-pengarah-jspt
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:06 MYT
Shah Alam, 12 Februari 2023 - Pelaksanaan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) persendirian milik warganegara yang menggunakan mod paparan digital tidak akan menjejaskan operasi pemeriksaan ketika sekatan jalan raya (SJR) sehingga menyebabkan kesesakan.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mat Kasim Karim berkata, pihaknya menyambut baik dan menyokong sepenuhnya pendekatan digital kerajaan.

“Dalam proses interim, kita bagi peluang kepada masyarakat dan lebih kepada advokasi dahulu sehingga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menguatkuasakannya 100 peratus.

“Saya juga yakin pemeriksaan ketika sekatan jalan raya tidak terjejas. Sekiranya bermasalah, barulah semakan terperinci akan dibuat,” katanya kepada Sinar Ahad.
Tambah beliau, pihak polis akan sentiasa berkolaborasi dengan JPJ bagi penugasan dan penguatkuasaan.

Jelasnya, JSPT melalui peralatan "Mobile Computerized On-Line Payment System" (MCOPS) yang dibekalkan masih boleh melaksanakan penguatkuasaan melalui semakan integrasi dengan sistem mySikap JPJ atau paparan QR Qode semakan nombor kenderaan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 3 people, people standing, car and text


ArticlePublished 13 Feb 2023 6.29 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM