Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Jangan Reka Cerita Biar Polis Siasat Kpn

Published: 07 May 2024 3.02 AM Updated: 15 Aug 2026 8.15 PM
Kuala Lumpur, 7 Mei 2024 - Polis menafikan dakwaan bahawa kes serangan terhadap dua pemain bola sepak negara mempunyai kaitan dengan pengendali pertaruhan (bookie) yang mengatur keputusan perlawanan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-jangan-reka-cerita-biar-polis-siasat-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:32 MYT
Kuala Lumpur, 7 Mei 2024 - Polis menafikan dakwaan bahawa kes serangan terhadap dua pemain bola sepak negara mempunyai kaitan dengan pengendali pertaruhan (bookie) yang mengatur keputusan perlawanan.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, orang ramai digesa tidak mereka-reka cerita yang tidak benar sehingga siasatan dijalankan.
“Beri kami ruang dan masa untuk siasatan berhubung kes ini dilaksanakan," katanya ketika meninjau pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) 2024 di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mendapatkan motif sebenar mengenai kejadian yang menimpa bintang Selangor FC dan skuad kebangsaan, Faisal Halim.

"Pada masa ini biar pihak polis menjalankan siasatan bagi mendapatkan motif sebenar mengenai kejadian ini," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 07 May 2024 3.02 AMUpdated 15 Aug 2026 8.15 PM