Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Jangan Malu Buat Laporan

Diterbitkan: 20 Nov 2023 3.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Johor Bahru, 20 November 2023 - Golongan lelaki yang menjadi mangsa gangguan seksual diminta bertindak lebih berani dengan segera tampil melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-jangan-malu-buat-laporan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:56 MYT
Johor Bahru, 20 November 2023 - Golongan lelaki yang menjadi mangsa gangguan seksual diminta bertindak lebih berani dengan segera tampil melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Hjh. Nancy Shukri berkata, ini kerana golongan berkenaan didapati lebih gemar memendam perasaan sekiranya perkara itu terjadi kepada mereka.

Katanya, gesaan berkenaan dibuat kerana tahap kesedaran terhadap perkara itu masih rendah berikutan mangsa takut akan implikasi memandangkan kebiasaannya pelaku gangguan seksual di tempat kerja sering melibatkan pegawai atasan mereka.

“Daripada keseluruhan aduan mengenai gangguan seksual, hanya 10 peratus melibatkan mangsa lelaki. Mereka juga menerima gangguan seksual berbentuk sentuhan atau lisan. Kita tahu laporan polis tidak ramai buat tetapi di pihak kementerian, Pusat Sokongan Sosial Setempat menerima banyak aduan.

“Kita galakkan golongan lelaki untuk lebih berani dan tampil membuat aduan, termasuk juga dalam kalangan kanak-kanak, khususnya pelajar sekolah. Kita tidak mahu ada kesulitan dalam menerima aduan sama ada lelaki atau wanita, layanan seharusnya tiada beza,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 20 Nov 2023 3.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM