
Article
Keratan Akhbar Pilihan Jangan Malu Buat Laporan
Johor Bahru, 20 November 2023 - Golongan lelaki yang menjadi mangsa gangguan seksual diminta bertindak lebih berani dengan segera tampil melaporkan perkara itu...
Johor Bahru, 20 November 2023 - Golongan lelaki yang menjadi mangsa gangguan seksual diminta bertindak lebih berani dengan segera tampil melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Hjh. Nancy Shukri berkata, ini kerana golongan berkenaan didapati lebih gemar memendam perasaan sekiranya perkara itu terjadi kepada mereka.
“Daripada keseluruhan aduan mengenai gangguan seksual, hanya 10 peratus melibatkan mangsa lelaki. Mereka juga menerima gangguan seksual berbentuk sentuhan atau lisan. Kita tahu laporan polis tidak ramai buat tetapi di pihak kementerian, Pusat Sokongan Sosial Setempat menerima banyak aduan.
“Kita galakkan golongan lelaki untuk lebih berani dan tampil membuat aduan, termasuk juga dalam kalangan kanak-kanak, khususnya pelajar sekolah. Kita tidak mahu ada kesulitan dalam menerima aduan sama ada lelaki atau wanita, layanan seharusnya tiada beza,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.