Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Jangan Ingkar Kuarantin Di Rumah Kpn

Published: 06 Oct 2020 6.00 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 6 Oktober 2020 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador memberi amaran kepada semua pihak agar mematuhi arahan perintah pengawasan kuarantin di rumah bagi membendung COVID-19 daripada terus merebak.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-jangan-ingkar-kuarantin-di-rumah-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:02 MYT

#PKPP #COVID-19

Kuala Lumpur, 6 Oktober 2020 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador memberi amaran kepada semua pihak agar mematuhi arahan perintah pengawasan kuarantin di rumah bagi membendung COVID-19 daripada terus merebak.

Tan Sri Abdul Hamid berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang terhadap mana-mana individu yang melanggar perintah pengawasan kuarantin di rumah.

Menurut beliau, semalam seramai 35 individu ditahan manakala 944 lagi dikompaun atas pelbagai kesalahan.

"Ini termasuk pemakai gelang merah jambu yang sepatutnya menjalani kuarantin 14 hari di rumah, namun dikesan keluar ke tempat-tempat awam.

"Kompaun RM1,000 juga turut dikenakan terhadap mereka yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akbar terbitan Utusan Malaysia.

Sumber: Utusan Malaysia

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people, text that says 'NURAINA HANIS ABD, HALIM manakala 944 lagi dikompaun pa esalahan 'Ini nerah Jangan ingkar kuara
ArticlePublished 06 Oct 2020 6.00 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM