
Article
Keratan Akhbar Pilihan Jabatan Kdnka Pdrm Capai 71 Peratus Kpi
Kuala Lumpur, 29 Julai 2026 - Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mencapai 71 peratus daripada ke...
Kuala Lumpur, 29 Julai 2026 - Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mencapai 71 peratus daripada keseluruhan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) jabatan bagi separuh pertama tahun ini.
Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, pencapaian itu hasil komitmen seluruh warga jabatan, namun usaha perlu dipertingkatkan bagi memastikan sasaran 100 peratus KPI dicapai menjelang penghujung tahun.
Beliau berkata, setiap elemen dalam jabatan perlu menggandakan usaha dan memperkemaskan pelaksanaan tugas tanpa menunggu saat akhir.
"Jadikan setiap hari yang berbaki ini sebagai peluang untuk menambah nilai kepada prestasi jabatan demi memastikan setiap KPI yang disasarkan benar-benar dicapai dengan cemerlang.
"KPI bukan sekadar angka dilaporkan di atas kertas, tetapi bukti prestasi dan indikator mengukur keberkesanan penyampaian perkhidmatan serta pencapaian jabatan," katanya.