Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Jabatan Kdnka Pdrm Capai 71 Peratus Kpi

Diterbitkan: 29 Jul 2026 2.39 AM Dikemas kini: 21 Aug 2026 4.43 PM
Kuala Lumpur, 29 Julai 2026 - Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mencapai 71 peratus daripada keseluruhan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) jabatan bagi separuh pertama tahun ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-jabatan-kdnka-pdrm-capai-71-peratus-kpi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:53 MYT
Kuala Lumpur, 29 Julai 2026 - Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mencapai 71 peratus daripada keseluruhan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) jabatan bagi separuh pertama tahun ini.

Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, pencapaian itu hasil komitmen seluruh warga jabatan, namun usaha perlu dipertingkatkan bagi memastikan sasaran 100 peratus KPI dicapai menjelang penghujung tahun.

Beliau berkata, setiap elemen dalam jabatan perlu menggandakan usaha dan memperkemaskan pelaksanaan tugas tanpa menunggu saat akhir.

"Jadikan setiap hari yang berbaki ini sebagai peluang untuk menambah nilai kepada prestasi jabatan demi memastikan setiap KPI yang disasarkan benar-benar dicapai dengan cemerlang.

"KPI bukan sekadar angka dilaporkan di atas kertas, tetapi bukti prestasi dan indikator mengukur keberkesanan penyampaian perkhidmatan serta pencapaian jabatan," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text that says '(PDRM) peratus sanaan pelak- tugas tanpa separuh pertama Lumpur: Dalam Jabatan KDNKA PDRM capai 71 peratus KPI Awam meng


ArtikelDiterbitkan 29 Jul 2026 2.39 AMDikemas kini 21 Aug 2026 4.43 PM