
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Wanita Antara Lapan Kena Reman Bantu Siasatan Kes Pukul
Pasir Gudang, 23 April 2025 - Lapan individu termasuk seorang wanita ditahan dipercayai terbabit kes pukul pemuda sehingga longlai yang mana video kejadian itu...
Pasir Gudang, 23 April 2025 - Lapan individu termasuk seorang wanita ditahan dipercayai terbabit kes pukul pemuda sehingga longlai yang mana video kejadian itu turut tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, ACP Mohd Sohaimi Ishak, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam Jumaat lalu di pangsapuri di Plentong Baru Masai, dekat sini.
Beliau berkata, polis menerima laporan daripada mangsa yang berusia 21 tahun pada jam 11.30 malam Ahad lalu.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Seri Alam menahan lapan suspek berusia antara 19 hingga 26 tahun, termasuk wanita pada jam 2.30 pagi semalam (kelmarin) di lokasi kejadian.
“Semua suspek direman enam hari sehingga Sabtu ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
“Lima daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau kesalahan berkaitan jenayah dan dadah. Ujian saringan air kencing juga mendapati empat daripada mereka positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya melalui kenyataan di sini, semalam.