Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Tiga Pengedar Dadah Ditahan Selepas Dikejar Lebih 130km

Published: 03 May 2026 1.17 AM Updated: 15 Aug 2026 6.53 PM
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, suspek melarikan diri merentasi sempadan Selangor dan Negeri Sembilan sebelum memasuki Alor Gajah di Melaka
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-isu-tular-tiga-pengedar-dadah-ditahan-selepas-dikejar-lebih-130km
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:24 MYT
Alor Gajah, 3 Mei 2026 - Tiga suspek pengedar dadah memecut kenderaan kira-kira 135 kilometer (km) dari Serdang, Selangor ke sini bagi meloloskan diri daripada polis, sebelum kemalangan berjaya ditahan bersama sejumlah dadah.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.00 malam Khamis lalu, polis mengarahkan pemandu kereta berhenti ketika dalam kawasan Rehat dan Rawat Serdang.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, suspek melarikan diri merentasi sempadan Selangor dan Negeri Sembilan sebelum memasuki Alor Gajah di Melaka.

Katanya, kenderaan suspek hilang kawalan dan merempuh pacuan empat roda di persimpangan lampu isyarat Sungai Petai, Alor Gajah selepas dikejar empat kenderaan peronda polis.

"Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu dinaiki dua lelaki berusia 23 dan 43 tahun serta seorang wanita berusia 41 tahun yang juga pemandu.

"Pemeriksaan lanjut menemui satu paket plastik lutsinar disyaki Heroin seberat 2.16 gram dan satu lagi paket disyaki Syabu 0.65 gram," katanya dalam kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of car and text
ArticlePublished 03 May 2026 1.17 AMUpdated 15 Aug 2026 6.53 PM