
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Tiga Pengedar Dadah Ditahan Selepas Dikejar Lebih 130km
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, suspek melarikan diri merentasi sempadan Selangor dan Negeri Sembilan sebelum memasuki Al...
Alor Gajah, 3 Mei 2026 - Tiga suspek pengedar dadah memecut kenderaan kira-kira 135 kilometer (km) dari Serdang, Selangor ke sini bagi meloloskan diri daripada polis, sebelum kemalangan berjaya ditahan bersama sejumlah dadah.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.00 malam Khamis lalu, polis mengarahkan pemandu kereta berhenti ketika dalam kawasan Rehat dan Rawat Serdang.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, suspek melarikan diri merentasi sempadan Selangor dan Negeri Sembilan sebelum memasuki Alor Gajah di Melaka.
Katanya, kenderaan suspek hilang kawalan dan merempuh pacuan empat roda di persimpangan lampu isyarat Sungai Petai, Alor Gajah selepas dikejar empat kenderaan peronda polis.
"Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu dinaiki dua lelaki berusia 23 dan 43 tahun serta seorang wanita berusia 41 tahun yang juga pemandu.
"Pemeriksaan lanjut menemui satu paket plastik lutsinar disyaki Heroin seberat 2.16 gram dan satu lagi paket disyaki Syabu 0.65 gram," katanya dalam kenyataan, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.