Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Suspek Langgar Penunggang Motosikal Ditahan Polis

Diterbitkan: 28 Apr 2025 3.18 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.03 PM
Rasa tidak puas hati di jalan raya dipercayai menjadi punca seorang penunggang motosikal dilanggar pemandu kereta di Jalan Dato Yusof Shahbudin 28, Bandar Sentosa, di sini, pada Sabtu
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-isu-tular-suspek-langgar-penunggang-motosikal-ditahan-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:28 MYT
Kuala Lumpur, 28 April 2025 - Rasa tidak puas hati di jalan raya dipercayai menjadi punca seorang penunggang motosikal dilanggar pemandu kereta di Jalan Dato Yusof Shahbudin 28, Bandar Sentosa, di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.20 malam daripada orang awam memaklumkan pergaduhan melibatkan seorang pemandu kereta dan penunggang motosikal.

“Hasil siasatan mendapati pergaduhan itu berpunca apabila mangsa berusia 50 tahun menunggang motosikalnya sambil mengelak jalan tidak rata.

"Perbuatannya itu menimbulkan kemarahan pemandu kereta berusia 37 tahun yang membunyikan hon untuk menegur,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, mangsa dikatakan tidak berpuas hati lalu mengejar suspek hingga berlaku pertengkaran di lokasi kejadian.

“Ketika pertengkaran mangsa dipercayai mengetuk cermin hadapan kereta suspek dengan topi keledar hingga menyebabkan kerosakan.

“Suspek kemudian bertindak melanggar mangsa hingga motosikal mangsa terseret di bawah kereta," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 28 Apr 2025 3.18 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.03 PM