
Article
Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Suspek Cuba Lari Baling Batu Pada Polis
Kota Bharu, 14 September 2022 – Tindakan seorang lelaki membaling objek ke arah kenderaan dan pengguna jalan raya di sekitar Jalan Hamzah dan lembah Sireh, di...
Kota Bharu, 14 September 2022 – Tindakan seorang lelaki membaling objek ke arah kenderaan dan pengguna jalan raya di sekitar Jalan Hamzah dan lembah Sireh, di sini berakhir apabila ditahan polis, semalam.
Lelaki berkenaan ditahan selepas berlaku pergelutan dengan polis di Jalan Hamzah pada 8.40 pagi.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosli Daud berkata, pihaknya mengesan video tular di laman sosial berkaitan seorang lelaki tidak siuman membaling objek ke arah kenderaan yang melalui lampu isyarat Kijang, Jalan Hamzah.
Katanya, hasil semakan terhadap video itu, tercatat tarikh rakaman dibuat iaitu 5.34 petang pada 6 September lalu.