Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Suami Isteri Ditahan Kes Dera Di Rumah Perlindungan

Published: 11 Apr 2025 1.30 AM Updated: 15 Aug 2026 8.06 PM
Kajang, 11 April 2025 - Sepasang suami isteri warga emas ditahan polis selepas disyaki mendera penghuni di sebuah rumah perlindungan kanak-kanak persendirian di Batu 9, Cheras di sini pada Khamis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-isu-tular-suami-isteri-ditahan-kes-dera-di-rumah-perlindungan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:31 MYT
Kajang, 11 April 2025 - Sepasang suami isteri warga emas ditahan polis selepas disyaki mendera penghuni di sebuah rumah perlindungan kanak-kanak persendirian di Batu 9, Cheras di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof berkata, pasangan berusia 66 dan 68 tahun yang juga pemilik serta penjaga rumah perlindungan tersebut ditahan bagi membantu siasatan.

“Kita telah menerima satu laporan daripada seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang mendakwa dirinya telah ditampar di pipi kiri dan dimarahi oleh penjaga rumah perlindungan tersebut kerana enggan mendengar arahan pada jam 10.08 malam, 1 April lalu,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

ACP Naazron memberitahu, selain laporan mangsa, dua lagi laporan turut diterima daripada saksi lain yang mendakwa pemilik rumah berkenaan melakukan penderaan emosi dan mental terhadap penghuni lain sebelum ini.

“Susulan itu, kesemua 18 kanak-kanak berusia tiga hingga 17 tahun yang menghuni pusat berkenaan telah diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut termasuk pemeriksaan kesihatan,” katanya.
Bacaan lanjut di keratin akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 2 people and text
ArticlePublished 11 Apr 2025 1.30 AMUpdated 15 Aug 2026 8.06 PM