Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Rakaman Lama Diulang Siar Polis Sudah Dikenakan Tindakan

Published: 09 Sep 2022 3.03 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kajang, 9 September 2022 - Polis mengesan rakaman video mengenai anggota polis membuat pemeriksaan terhadap sebuah motosikal roda tiga dinaiki lelaki warga Myanmar yang diulang siar tular di media sosial.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-isu-tular-rakaman-lama-diulang-siar-polis-sudah-dikenakan-tindakan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:04 MYT
Kajang, 9 September 2022 - Polis mengesan rakaman video mengenai anggota polis membuat pemeriksaan terhadap sebuah motosikal roda tiga dinaiki lelaki warga Myanmar yang diulang siar tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian dalam rakaman video berdurasi 51 saat itu berlaku pada 4 Mac 2020.

"Dalam kejadian jam 10.09 pagi itu, anggota bertugas dari Balai Polis Batu 9 melakukan rondaan di Taman Suria Jaya, Batu 9, sebelum terserempak motosikal roda tiga dinaiki seorang lelaki warga Myanmar yang membawa besi buruk.

“Anggota itu kemudian menahan dan membuat pemeriksaan rutin sebelum dilepaskan dan tiada sebarang tindakan diambil,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
 
ArticlePublished 09 Sep 2022 3.03 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM