Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Pdrm Kesan Lelaki Lompat Lintas Landasan Monorel

Published: 28 Sep 2024 3.34 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 28 September 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki yang bertindak melompat melintasi landasan Monorel Bukit Bintang di sini sebelum video perbuatan berbahaya itu ditularkan di media sosial, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-isu-tular-pdrm-kesan-lelaki-lompat-lintas-landasan-monorel
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:22 MYT
Kuala Lumpur, 28 September 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki yang bertindak melompat melintasi landasan Monorel Bukit Bintang di sini sebelum video perbuatan berbahaya itu ditularkan di media sosial, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, video berdurasi 4 minit itu dikesan pada jam 11.35 malam kelmarin dimuat naik oleh pemilik akaun Xiaohongshu Manchys memaparkan seorang lelaki sedang melompat melintasi landasan Monorel Bukit Bintang.

Menurutnya, laporan polis berkaitan kejadian ini sudah dibuat oleh pihak polis bantuan Prasarana jam 9.34 malam semalam.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan (pencerobohan).
“Usaha mengesan suspek dibuat oleh polis bantuan Prasarana untuk menangkap penceroboh walau bagaimanapun gagal,” katanya.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 28 Sep 2024 3.34 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM