
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Pdrm Kesan Lelaki Lompat Lintas Landasan Monorel
Kuala Lumpur, 28 September 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki yang bertindak melompat melintasi landasan Monorel Bukit Bintang...
Kuala Lumpur, 28 September 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki yang bertindak melompat melintasi landasan Monorel Bukit Bintang di sini sebelum video perbuatan berbahaya itu ditularkan di media sosial, kelmarin.
Menurutnya, laporan polis berkaitan kejadian ini sudah dibuat oleh pihak polis bantuan Prasarana jam 9.34 malam semalam.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan (pencerobohan).
“Usaha mengesan suspek dibuat oleh polis bantuan Prasarana untuk menangkap penceroboh walau bagaimanapun gagal,” katanya.