
Article
Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Lelaki Pukul Jiran Lepas Ditegur Kena Tahan
Pasir Gudang, 28 November 2024 - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kerana memukul jirannya dipercayai akibat berang selepas ditegur kerana me...
Pasir Gudang, 28 November 2024 - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kerana memukul jirannya dipercayai akibat berang selepas ditegur kerana membuat bising dengan ekzos kereta di Masai, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 59 tahun yang mendakwa diserang seorang individu.
“Suspek yang tidak berpuas hati dengan teguran itu bertindak agresif lalu memukul mangsa dengan kayu. Akibat kejadian, mangsa mengalami lebam di bahagian lengan kiri.
“Bertindak atas laporan, sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam menahan suspek jam 4.10 petang hari ini (kelmarin) untuk siasatan.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.