Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Lelaki Pandu Lawan Arus Ditahan

Published: 29 Oct 2023 1.54 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Seremban, 29 Oktober 2023 - Seorang lelaki warga emas ditahan polis selepas dikesan memandu secara melawan arus dekat Jalan Rasah di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-isu-tular-lelaki-pandu-lawan-arus-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:49 MYT
Seremban, 29 Oktober 2023 - Seorang lelaki warga emas ditahan polis selepas dikesan memandu secara melawan arus dekat Jalan Rasah di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Arifai Tarawe berkata, kira-kira jam 11.45 pagi pihaknya mengesan video berdurasi 16 saat yang memaparkan MPV model Proton Exora berwarna biru yang dipandu secara melawan arus.

“Siasatan lanjut mendapati kejadian tular itu membabitkan MPV yang bergerak di lorong paling kanan ke arah Seremban 3.

“Perbuatan ini boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain,” katanya semalam.

ACP Arifai berkata, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menyalurkannya dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seremban, Inspektor Sudesh Kumar di talian 016-4830853 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 06-6033222.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
 
ArticlePublished 29 Oct 2023 1.54 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM