Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Dakwaan Ketua Balai Lakukan Kekerasan Terhadap Orang Awam Disiasat

Diterbitkan: 13 Jan 2024 1.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Johor Bahru, 13 Januari 2024 - Polis Johor akan menjalankan siasatan selepas tular video memaparkan seorang individu dipercayai ketua balai polis melakukan kekerasan fizikal terhadap seorang lelaki di tempat awam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-isu-tular-dakwaan-ketua-balai-lakukan-kekerasan-terhadap-orang-awam-disiasat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:20 MYT
Johor Bahru, 13 Januari 2024 - Polis Johor akan menjalankan siasatan selepas tular video memaparkan seorang individu dipercayai ketua balai polis melakukan kekerasan fizikal terhadap seorang lelaki di tempat awam.

Ketua Polis Johor, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya mengesan rakaman video berdurasi 37 saat yang tular dalam media sosial termasuk plattorm X.
"Video tular itu dikesan pada jam 3.11 petang hari ini (Jumaat) dengan turut menamakan pegawai polis terlibat berserta jawatannya.

“Polis Johor akan menyiasat perkara ini dengan terperinci dan menggesa orang awam atau saksi kejadian untuk tampil membuat laporan.
“Siasatan dan tindakan mengikut undang-undang akan diambil terhadap pihak berkaitan," katanya pada Jumaat.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

 
ArtikelDiterbitkan 13 Jan 2024 1.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM