Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Ambulans Terbalik Bukan Dirempuh Pemandu Mabuk

Published: 29 Oct 2023 3.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Putrajaya, 29 Oktober 2023 - Polis menafikan dakwaan sebuah klip video tular yang mengaitkan insiden sebuah ambulans yang terbalik di Putrajaya pada malam Khamis, akibat dilanggar seorang pemandu mabuk.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-isu-tular-ambulans-terbalik-bukan-dirempuh-pemandu-mabuk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:12 MYT
Putrajaya, 29 Oktober 2023 - Polis menafikan dakwaan sebuah klip video tular yang mengaitkan insiden sebuah ambulans yang terbalik di Putrajaya pada malam Khamis, akibat dilanggar seorang pemandu mabuk.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP A. Asmadi Abdul Aziz dalam satu kenyataan meminta orang ramai agar tidak membuat andaian tentang kejadian itu dan jika mereka berada di tempat kejadian diharap melaporkan kepada pihak polis.

“Netizen pandai-pandai membuat ulasan sendiri kerana siasatan pegawai penyiasat di lokasi kejadian mendapati pemandu berkenaan tidak di bawah pengaruh alkohol dan saringan air kencing lelaki itu didapati negatif.

"Laluan untuk pemandu kereta itu berjalan seiring dengan kenderaan lain di lorong kanan dan kiri serta kereta itu tidak dengar atau melihat siren ambulans kerana keretanya terhalang dengan kenderaan sebelah yang berjalan seiring," katanya.

Beliau berkata, polis turut memohon rakaman sistem litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.
 
ArticlePublished 29 Oct 2023 3.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM