
Article
Keratan Akhbar Pilihan Isu Balak Pdrm Sedia Beri Kerjasama
Kuala Lumpur, 6 Mac 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap sedia membantu agensi berkaitan dalam usaha membendung kegiatan pembalakan haram di da...
Kuala Lumpur, 6 Mac 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap sedia membantu agensi berkaitan dalam usaha membendung kegiatan pembalakan haram di dalam negara.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Hazani Ghazali berkata, pihaknya mengalu-alukan sebarang maklumat daripada individu atau mana-mana pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.
Tambahnya, sekiranya ada laporan, pihaknya akan merujuk perkara itu kepada agensi berkaitan untuk pengesahan sama ada kawasan itu dibenarkan pembalakan atau sebaliknya.
"Polis juga sentiasa bersedia untuk mengarahkan anggotanya bagi membantu jabatan berkenaan seperti jabatan perhutanan negeri untuk bantuan keanggotaan.
"Kita akan terus bantu jabatan atau agensi berkaitan untuk membendung kegiatan penerokaan dan pembalakan haram," katanya kepada Sinar Ahad.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.