Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Ipd Kubang Pasu Lokasi Teristimewa Kpn

Diterbitkan: 19 Feb 2024 3.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain mengambil pendekatan bertemu pengadu dan mangsa yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, Kedah, baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ipd-kubang-pasu-lokasi-teristimewa-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:56 MYT
Kuala Lumpur, 19 Februari 2024 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain mengambil pendekatan bertemu pengadu dan mangsa yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, Kedah, baru-baru ini.

Pertemuan itu khusus untuk mendengar permasalahan orang ramai berhubung status laporan polis yang masih dalam tindakan.

Beliau berkata, IPD Kubang Pasu adalah lokasi yang istimewa baginya kerana ia tempat pertama beliau ditugaskan dalam pasukan.

“Ini adalah “soft spot” kerana dulu-dulu (ia adalah lokasi) masa saya mula bekerja.

“IPD lain perlu panggil balik pengadu pada Hari Polis dan raikan sama-sama.

“Kita tidak pernah lupakan klien kita, kita tidak pernah lupakan pelanggan kita, ini pengadu adalah pelanggan Polis Diraja Malaysia yang terkesan,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 3 people and text
ArtikelDiterbitkan 19 Feb 2024 3.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM