Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Ingin Kebebasan Punca Kanak Kanak Lari Dari Rumah

Published: 16 Mar 2020 1.10 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Polis mendedahkan antara faktor utama kanak-kanak dan remaja dilaporkan lari dari rumah di negara ini pada 2019 disebabkan ingin bebas daripada kongkongan keluarga atau penjaga.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ingin-kebebasan-punca-kanak-kanak-lari-dari-rumah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:25 MYT

Polis mendedahkan antara faktor utama kanak-kanak dan remaja dilaporkan lari dari rumah di negara ini pada 2019 disebabkan ingin bebas daripada kongkongan keluarga atau penjaga.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Choo Lily berkata, itulah penemuan pihaknya dalam 662 kes daripada 1,302 kes kehilangan mereka dalam lingkungan usia 12 hingga 15 tahun.

“Selain keinginan mencari kebebasan, punca yang menyumbang kepada gejala lari dari rumah adalah mengikut rakan sebaya yang mencatatkan 184 kes dan masalah keluarga 170 kes.

“Ada juga yang dilaporkan hilang kerana mengikut kekasih, mengikut sama ada ibu atau bapa bagi ibu bapa yang bercerai, selain tidak minat untuk belajar serta mencari kerja pada usia yang muda,” katanya dalam satu wawancara khas bersama Bernama baru-baru ini.

Terdapat juga mangsa yang melarikan diri daripada pusat perlindungan wanita atau kanak-kanak atau dijumpai mati lemas dalam tali air atau longkang.

Bacaan lanjut menerusi pautan Harian Metro di https://www.hmetro.com.my/…/ingin-kebebasan-punca-kanak-kan…

Image may contain: 1 person, glasses and text
ArticlePublished 16 Mar 2020 1.10 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM