Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Indeks Jenayah Negara Menurun Pengarah Jsj

Published: 03 Feb 2022 4.11 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 3 Februari 2022 - Kadar indeks jenayah di seluruh negara menunjukkan penurunan ketara untuk tempoh dua tahun kebelakangan ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-indeks-jenayah-negara-menurun-pengarah-jsj
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:36 MYT
Petaling Jaya, 3 Februari 2022 - Kadar indeks jenayah di seluruh negara menunjukkan penurunan ketara untuk tempoh dua tahun kebelakangan ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato’ Sri Abd. Jalil Hassan berkata, penurunan itu disebabkan kesedaran masyarakat terhadap isu keselamatan bagi menjaga harta benda mereka selain peningkatan kempen pencegahan oleh pihak polis di seluruh negara.

Selain itu, beliau berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara sejak 2020 hingga tahun lalu apabila peningkatan sekatan jalan raya selain masyarakat yang perlu duduk di rumah antara penyumbang penurunan tersebut.

Katanya, prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara melalui keperluan mengimbas MySejahtera di premis memudahkan polis mengesan pelaku.

"Walaupun kadar jenayah menurun namun Polis Diraja Malaysia khususnya JSJ masih tidak berpuas hati selagi indeks kegelisahan dalam kalangan masyarakat masih tidak dapat diturunkan selari dengan penurunan indeks jenayah.

"PDRM akan selesa jika masyarakat berasa selamat dan tiada perasaan khuatir apabila mereka hendak menjalani aktiviti harian tanpa takut dan gusar walaupun dalam apa jua waktu dan masa," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text

ArticlePublished 03 Feb 2022 4.11 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM