Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Inap Desa Jadi Transit Seludup Pati Dilumpuhkan Polis

Published: 30 Jan 2022 1.39 AM Updated: 15 Aug 2026 6.39 PM
Pasir Mas, 30 Januari 2022 - Polis berjaya melumpuhkan aktiviti penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menjadikan inap desa sebagai 'transit' selepas menahan dua lelaki di Kampung Repek di sini, pada Sabtu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-inap-desa-jadi-transit-seludup-pati-dilumpuhkan-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:59 MYT
Pasir Mas, 30 Januari 2022 - Polis berjaya melumpuhkan aktiviti penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menjadikan inap desa sebagai 'transit' selepas menahan dua lelaki di Kampung Repek di sini, pada Sabtu.

Kedua-dua suspek ditahan semasa menaiki sebuah kereta Proton Waja dalam keadaan mencurigakan pada jam 12.10 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Tuan Mohd Nasaruddin M. Nasir berkata, susulan penahanan dua suspek berusia 22 dan 24 tahun itu membawa kepada tangkapan 24 orang PATI warga Myanmar pada jam 1.20 pagi.

"Kesemua PATI itu ditangkap selepas 'disorok' di sebuah inap desa di Kampung Cherang Hangus di sini. Hasil pemeriksaan yang dilakukan kami mendapati PATI Myanmar itu terdiri daripada 18 lelaki dan enam wanita," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, hasil soal siasat awal, kedua-dua tekong darat itu mengaku terlibat aktiviti tersebut.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 30 Jan 2022 1.39 AMUpdated 15 Aug 2026 6.39 PM