Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Imbau Kenangan Latihan Asas Perang

Diterbitkan: 28 Sep 2019 1.17 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Perumpamaan itu cukup sinonim bagi 69 bekas pegawai dan anggota 69 Komando, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyertai program 'Di Sini Kami Bermula' pada 21 hingga 25 September lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-imbau-kenangan-latihan-asas-perang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:08 MYT

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.

Perumpamaan itu cukup sinonim bagi 69 bekas pegawai dan anggota 69 Komando, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyertai program 'Di Sini Kami Bermula' pada 21 hingga 25 September lalu.

Program anjuran Persatuan Veteran VAT 69 Komando itu nyata mengimbau kembali kenangan ahli yang menjalani latihan asas peperangan gerila bagi menentang komunis sekitar tahun 70-an dahulu.

Program sempena Sambutan Jubli Emas 69 Komando itu merangkumi kembara menggunakan kenderaan pacuan empat roda bagi menjejaki kembali tempat latihan di Fort Kemar, Pos Legap, Pos Brooke, Pos Jernang, Allagar dan Tupah di Gunung Jerai.

"Program ini diadakan bagi mengingatkan kami bahawa siapa juga kita, berjaya macam manapun seseorang itu, dia mesti ada tempat permulaannya dan di lokasi ini tempat kami bermula", kata Yang Dipertua Persatuan itu, Datuk Abdul Rashid Harun.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar yang dilampirkan.

Sumber: Akhbar Berita Harian.

Image may contain: 13 people, people smiling
ArtikelDiterbitkan 28 Sep 2019 1.17 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM