Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Ibu Minta Polis Berkas Anak Nakal

Published: 02 Aug 2024 7.00 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Suri rumah, Aisyah Hamzah, 42 tahun, berkata, tindakan itu dilakukan bertujuan untuk memberi pengajaran, sekali gus mendidik anaknya, Muhammad Ziqri supaya tidak mengulangi kesilapan walaupun sudah ditegur berulang kali.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ibu-minta-polis-berkas-anak-nakal
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:04 MYT
Shah Alam, 2 Ogos 2024 - Seorang ibu bertindak drastik apabila membawa anak lelaki berusia tujuh tahun ke balai polis berhampiran selepas didapati mengganggu rakan di sekolah.

Suri rumah, Aisyah Hamzah, 42 tahun, berkata, tindakan itu dilakukan bertujuan untuk memberi pengajaran, sekali gus mendidik anaknya, Muhammad Ziqri supaya tidak mengulangi kesilapan walaupun sudah ditegur berulang kali.

“Saya dah tidak tahu cara lain menyedarkannya. Sebagai ibu, saya mahu yang terbaik.

“Saya rasa inilah pengajaran terbaik untuk dia tidak mengulangi kesalahannya," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Aisyah, dia kerap menasihati anak bongsu daripada dua beradik itu, namun kata-katanya seakan tidak dipedulikan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 3 people and text
ArticlePublished 02 Aug 2024 7.00 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM