Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Hut Utk Ke 49 Beret Maroon Wira Yang Tidak Didendang

Diterbitkan: 11 Jan 2024 3.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Unit Tindakhas (UTK), pasukan elit Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang cukup dikenali, digeruni serta diiktiraf sebagai pasukan khas terbaik di dunia.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hut-utk-ke-49-beret-maroon-wira-yang-tidak-didendang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 17:02 MYT
Unit Tindakhas (UTK), pasukan elit Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang cukup dikenali, digeruni serta diiktiraf sebagai pasukan khas terbaik di dunia.
Pada 1 Januari lalu, genap 49 tahun penubuhan pasukan elit itu dengan kewujudan awalnya turut terbabit dalam operasi khas bagi membanteras pengganas komunis.
Boleh dikatakan ramai pegawai dan anggota dalam PDRM mengimpikan untuk memakai beret ‘maroon’ iaitu menganggotai pasukan UTK. Bagaimanapun, tidak semua berupaya atau melepasi ujian serta latihan untuk melengkapkan diri sebagai anggota pasukan elit itu.

Bak kata, pesara Sub Inspektor Mohd Mashkor Muradi, antara anggota terawal menyertai UTK pada 1975, bukan mudah menyertai pasukan elit itu. Tambahan pula, pada awal penubuhannya dalam keadaan serba kekurangan disertakan latihan yang cukup ‘keras'.
Situasi ketika itu banyak mengajarnya untuk menjadi seorang anggota pasukan elit dengan menggunakan kemahiran sendiri sebelum menerima latihan khusus daripada pasukan khas ulung dunia iaitu British Special Air Service (SAS).

Sejak itu, UTK terus berkembang dengan beberapa siri operasi rahsia dan khas termasuk membanteras pengganas serta menangani jenayah berat.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 11 Jan 2024 3.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM