Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Hina Kematian Anggota Tldm Polis Siasat Akaun Twitter Raja Farah Sofea

Published: 13 Oct 2020 9.14 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Bahru, 13 Oktober 2020 - Polis menyiasat pemilik akaun Twitter Raja Farah Sofea susulan kenyataan dibuatnya berhubung kemalangan yang meragut nyawa anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi di sini, Sabtu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hina-kematian-anggota-tldm-polis-siasat-akaun-twitter-raja-farah-sofea
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:53 MYT

Johor Bahru, 13 Oktober 2020 - Polis menyiasat pemilik akaun Twitter Raja Farah Sofea susulan kenyataan dibuatnya berhubung kemalangan yang meragut nyawa anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung kenyataan individu yang menggunakan nama Raja Farah Sofea di Twitter itu.

"Laporan polis sudah dibuat. Kami (polis) sudah memulakan siasatan. Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU)," katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, Mohd Rizal Buseri, 31, yang juga anggota TLDM meninggal dunia selepas Honda Accord dipandu dirempuh Perodua Myvi dipandu seorang wanita.

Kemalangan terbabit tular di media sosial selepas kereta berkenaan hilang kawalan dan melambung sebelum merempuh dua kereta lain hingga terbalik.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Image may contain: text that says 'anggota tentera maut dibuatnya lokal Siasat akaun Twitter Raja Farah Sofea Johor Bahru: menyia- Dalam kejadian jam pagi
ArticlePublished 13 Oct 2020 9.14 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM