
Article
Keratan Akhbar Pilihan Hari Polis Ke 218 Ke Arah Kepolisan Moden
Tanggal 25 Mac 2025 adalah Hari Polis dan tahun ini adalah ulang tahun ke-218 penubuhan Polis Diraja Malaysia.
Tanggal 25 Mac 2025 adalah Hari Polis dan tahun ini adalah ulang tahun ke-218 penubuhan Polis Diraja Malaysia.
Sepanjang lebih dua abad, institusi kepolisan negara telah melalui pelbagai fasa perubahan seiring dengan kemajuan teknologi, perubahan sosial serta pola jenayah yang semakin kompleks.
Jenayah konvensional masih berlaku namun bentuk ancaman baharu seperti jenayah siber semakin membimbangkan. Bagi menangani cabaran ini ia menuntut pendekatan moden, penggunaan teknologi terkini serta kerjasama kukuh antara polis, pembuat dasar dan masyarakat.
Tugas kepolisan masa kini tidak lagi terbatas kepada rondaan fizikal. la merangkumi pemantauan siber, pengumpulan maklumat risikan serta kerjasama rentas sempadan.
Menurut data Statista, lebih 33,000 kes jenayah siber direkodkan di Malaysia sepanjang tahun lalu, dengan jumlah kerugian melebihi RM1.2 bilion. la tidak mengejutkan memandangkan terdapat kira-kira 35 juta pengguna internet di negara ini dan ekonomi digital yang terus berkembang pesat.
Ikuti artikel khas bersama Pensyarah dari Universiti Tunku Abdul Rahman, Profesor Dr. Cheah Phaik Kin menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.