Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Hari Polis Ke 218 Ke Arah Kepolisan Moden

Diterbitkan: 03 Apr 2025 8.04 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.06 PM
Tanggal 25 Mac 2025 adalah Hari Polis dan tahun ini adalah ulang tahun ke-218 penubuhan Polis Diraja Malaysia.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hari-polis-ke-218-ke-arah-kepolisan-moden
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:47 MYT
Tanggal 25 Mac 2025 adalah Hari Polis dan tahun ini adalah ulang tahun ke-218 penubuhan Polis Diraja Malaysia.

Sepanjang lebih dua abad, institusi kepolisan negara telah melalui pelbagai fasa perubahan seiring dengan kemajuan teknologi, perubahan sosial serta pola jenayah yang semakin kompleks.

Jenayah konvensional masih berlaku namun bentuk ancaman baharu seperti jenayah siber semakin membimbangkan. Bagi menangani cabaran ini ia menuntut pendekatan moden, penggunaan teknologi terkini serta kerjasama kukuh antara polis, pembuat dasar dan masyarakat.

Tugas kepolisan masa kini tidak lagi terbatas kepada rondaan fizikal. la merangkumi pemantauan siber, pengumpulan maklumat risikan serta kerjasama rentas sempadan.

Menurut data Statista, lebih 33,000 kes jenayah siber direkodkan di Malaysia sepanjang tahun lalu, dengan jumlah kerugian melebihi RM1.2 bilion. la tidak mengejutkan memandangkan terdapat kira-kira 35 juta pengguna internet di negara ini dan ekonomi digital yang terus berkembang pesat.

Ikuti artikel khas bersama Pensyarah dari Universiti Tunku Abdul Rahman, Profesor Dr. Cheah Phaik Kin menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'SEMPENA HARI POLIS K-218 Ke arah kepolisan moden! memainkan peranan Bersama Sempena bidang T AncaTannya tet
ArtikelDiterbitkan 03 Apr 2025 8.04 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.06 PM