Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Hari Polis Ke 218 Enam Sekeluarga Sang Saka Biru

Diterbitkan: 25 Mar 2025 6.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Pendang, 25 Mac 2025 - Berkhidmat selama 40 tahun, satu bulan, 21 hari dalam badan uniform memberikan satu kepuasan buat Muhamad Puzi Wahad, 68, yang bersara sebagai Sarjan Mejar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, Perlis pada 22 Jun 2016. Lebih mengujakan beliau, dua daripada tujuh anaknya turut mengikut jejak langkahnya menyertai pasukan Sang Saka Biru malah seorang cucunya juga melakukan perkara yang sama.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hari-polis-ke-218-enam-sekeluarga-sang-saka-biru
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:00 MYT
Pendang, 25 Mac 2025 - Berkhidmat selama 40 tahun, satu bulan, 21 hari dalam badan uniform memberikan satu kepuasan buat Muhamad Puzi Wahad, 68, yang bersara sebagai Sarjan Mejar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, Perlis pada 22 Jun 2016.
Lebih mengujakan beliau, dua daripada tujuh anaknya turut mengikut jejak langkahnya menyertai pasukan Sang Saka Biru malah seorang cucunya juga melakukan perkara yang sama.

Anak kelimanya, Koperal Mohd Khairul lzaidy, 38, kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, anak bongsunya, Lans Koperal Nur Syazwani Atiqah, 28, bertugas di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh manakala cucunya, Konstabel Muhammad Azrie Mohd Azhar, 22, kini di Pusat Latihan Polis Air Hitam, Jempol.

“Dua menantu saya juga anggota polis iaitu Koperal Rusidi Zainol Abidin, 39, bertugas di Pasukan Simpanan Persekutuan Sungai Senam, Ipoh dan Koperal Asrulezal Osman, 38, yang bertugas di IPD Yan,” katanya semasa ditemui di rumahnya di Kampung Lubuk Rambutan, Mukim Padang Pusing, di sini.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 6 people and text that says 'Enam sekeluarga Sang Saka Biru bertugas Anak, cucu ikut jejak datuk, dua menantu juga anggota polis Yan,
ArtikelDiterbitkan 25 Mar 2025 6.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM