Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Hari Pahlawan 2021 Tembakan Punai Kantoikan Strategi 70 Komunis Serang Balai Mengkarak

Diterbitkan: 10 Sep 2021 5.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bera, 10 September 2021 - Balai Polis Mengkarak di sini tidak popular seperti Balai Polis Bukit Kepong di Muar, Johor dan Balai Polis Kuala Krau di Temerloh, walaupun pernah diserang komunis pada zaman darurat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hari-pahlawan-2021-tembakan-punai-kantoikan-strategi-70-komunis-serang-balai-mengkarak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:32 MYT
Bera, 10 September 2021 - Balai Polis Mengkarak di sini tidak popular seperti Balai Polis Bukit Kepong di Muar, Johor dan Balai Polis Kuala Krau di Temerloh, walaupun pernah diserang komunis pada zaman darurat.

Mungkin tidak ramai mengetahui peristiwa kerakusan komunis yang pernah menyerang Balai Polis Mengkarak pada 1 Mei 1949.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang pesara polis yang pernah bertugas di Balai Polis Mengkarak, Encik Mohd Noor Awang Teh, 88, berkata, keperwiraan dan pengorbanan anggota polis Balai Polis Mengkarak tidak didendangkan walaupun kejayaan mereka menewaskan komunis yang lebih ramai menyerang balai berkenaan.

Menyorot peristiwa itu, Encik Mohd Noor memegang nombor polis EPC 3540 berkata, peristiwa serangan Bintang Tiga itu berlaku kira-kira jam 6.00 petang pada 1 Mei 1949 membabitkan kira-kira 70 komunis.

"Kekuatan anggota polis di Balai Polis Mengkarak pada ketika itu hanya 14 orang yang mana seorang sedang bercuti manakala seorang didapati hilang dipercayai diculik sebelum serangan.

"Dengan takdir Allah S.W.T., seorang anggota polis veteran yang menjaga balai bernama Mat Isa menembak burung punai yang bertenggek di pokok di hadapan balai. Tembakan kira-kira lima minit sebelum pukul 6.00 petang itu mengejutkan sekumpulan komunis yang sedang siap sedia untuk menyerang balai.

"Dengan kekuatan hanya 12 orang, kami dengan penuh semangat menentang 70 komunis. Mereka yang berada pada kedudukan atas bukit menembak bertubi-tubi ke arah tempat kami berkubu di bawah tanah," katanya.

Kedudukan kubu sukar dilihat dari sisi kedudukan komunis di atas bukit mendorong mereka berdiri untuk menembak ke arah kami. Ia memudahkan kami menembak ke sasaran menyebabkan ramai dalam kalangan mereka terbunuh dan cedera," katanya.

Encik Mohd Noor memberitahu, serangan komunis yang memakan masa kira-kira dua jam itu menyebabkan polis hampir kehabisan peluru tetapi bernasib baik kerana bantuan diterima dari Balai Polis Triang.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

May be an image of 1 person and text that says 'MENGIMBAU KEMERDEKAAN Tembakan punai 'kantoikan' strategi 70 komunis serang Balai Mengkarak cayai
ArtikelDiterbitkan 10 Sep 2021 5.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM