
Article
Keratan Akhbar Pilihan Hari Pahlawan 2021 Subuh Berdarah Komunis Serang Balai
Pontian, 13 September 2021 - Tragedi Balai Polis Special Constable atau SC di Ladang Chuan Seng, Parit Sikom di sini yang turut mengalami nasib sama dengan Bal...
Pontian, 13 September 2021 - Tragedi Balai Polis Special Constable atau SC di Ladang Chuan Seng, Parit Sikom di sini yang turut mengalami nasib sama dengan Balai Polis Bukit Kepong, Muar diserang komunis tidak ramai mengetahuinya.
Bagi generasi yang lahir pada 1930-an seperti Encik Abdul Samad Yahya atau Tok Samad yang kini berusia 84 tahun, dia mengetahui peristiwa itu yang menyebabkan sahabatnya, Ahmad ‘Timbul' atau nama sebenar Ahmad Hamzah yang juga anggota polis terbunuh dalam serangan itu.
Turut terbunuh ialah tiga lagi anggota polis iaitu Mohd. Yassin Mahirin, Abdul Wahab Tambi dan Yassin Ahmad.
Tok Samad berkata, tujuh orang lagi termasuk Ketua Polis Balai telah mengalami kecederaan parah ketika serangan berlaku.
Jelasnya, detik hitam yang berlaku pagi subuh pada 18 Oktober 1954 masih kekal dalam ingatannya dan penduduk Kampung Parit Sikom.
Tok Samad memberitahu, kesan bangunan yang dibakar pengganas komunis masih kelihatan pada 1976, namun apabila tanaman nanas dan getah diganti dengan kelapa sawit, kesan sejarah itu semakin hilang.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.