Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Hari Pahlawan 2021 Saya Nampak Peluru Macam Hujan

Diterbitkan: 25 Aug 2021 5.00 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.46 PM
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mohd. Daud berkata, semasa kejadian di Sungai Nyamuk, pasukannya yang diketuai ketua polis daerah sedang mengejar bot tentera Indonesia yang merampas peralatan dan barangan daripada sebuah bagang di perairan Pulau Sebatik, Tawau.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hari-pahlawan-2021-saya-nampak-peluru-macam-hujan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:29 MYT
Kota Kinabalu, 25 Ogos 2021 - "Semasa menghampiri sempadan Sungai Nyamuk, Indonesia, kami ditembak. Saya nampak peluru macam air hujan di hadapan mata."

Demikian pengalaman pesara polis, Mohd. Daud Kalakhan, 75, yang bertugas dalam pasukan Mobile Force Platun 5 semasa Konfrontasi Indonesia-Malaysia di Tawau pada 1963.

Pada masa itu, darurat diisytiharkan di Tawau kerana Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU) sudah mula menceroboh masuk ke daerah tersebut.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mohd. Daud berkata, semasa kejadian di Sungai Nyamuk, pasukannya yang diketuai ketua polis daerah sedang mengejar bot tentera Indonesia yang merampas peralatan dan barangan daripada sebuah bagang di perairan Pulau Sebatik, Tawau.

"Semasa kami mendekati bot tersebut, lumpur sudah sampai ke paras paha. Tentera Indonesia pula sudah melarikan diri masuk ke sempadan mereka.

"Pada masa itulah tembakan mula dilepaskan bertubi-tubi, saya nampak peluru macam air hujan sahaja kerana terlalu banyak. Kami hanya bersembunyi di dalam paya untuk mengelak terkena tembakan. Kemudian, saya turut membalas tembakan sambil mengheret bot mereka menghampiri bot marin yang kami naiki.

"Kami bernasib baik kerana tidak terkena tembakan dan pasukan kami kemudian meninggalkan kawasan berkenaan sambil menunda bot tersebut sehingga ke Tawau," katanya.

Jelas beliau, kemerdekaan yang dikecapi perlu sentiasa dihargai kerana ia dicapai hasil perjuangan pasukan keselamatan terdahulu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 25 Aug 2021 5.00 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.46 PM