Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Hari Pahlawan 2021 Keringat Darah Ini Demi Ibu Pertiwi

Diterbitkan: 30 Aug 2021 11.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kluang, 30 Ogos 2021 – “Abah pernah berkata, orang dahulu berkorban nyawa untuk mendapatkan kemerdekaan, generasi hari ini tak pernah rasa dan dia melihat 16 mayat rakan sepasukan bergelimpangan depan mata ditembak pengganas komunis," kata Mohd Azham Rais, 43.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hari-pahlawan-2021-keringat-darah-ini-demi-ibu-pertiwi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:34 MYT
Kluang, 30 Ogos 2021 – “Abah pernah berkata, orang dahulu berkorban nyawa untuk mendapatkan kemerdekaan, generasi hari ini tak pernah rasa dan dia melihat 16 mayat rakan sepasukan bergelimpangan depan mata ditembak pengganas komunis," kata Mohd Azham Rais, 43.

Mohd Azham berkata, Allahyarham ayahnya, Rais Sukimi, 80, meninggal akibat sakit jantung pada 20 Mei lalu yang ketika hayatnya selalu berkongsi detik hitam apabila 35 pegawai dan anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) diserang hendap komunis pada 17 Jun 1968 di Kroh Betong, Perak.

“Abah ketika itu dalam perjalanan untuk memberi bantuan sokongan selepas mendapat maklumat pengganas komunis ingin menyerang pangkalan polis hutan di sempadan Kroh. Abah dari Ulu Kinta hantar pasukan sokongan, dalam perjalanan ke sana sebaik tiba di satu selekoh, mereka kena serang hendap di situ.

"Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang dan mengikut maklumat, pengganas komunis sebenarnya sudah lama menunggu di kawasan itu kerana pemeriksaan mendapati terdapat kesan tempat makan dan membuang najis di sekitar bukit di situ.
"Mereka sudah berada di sana kira-kira seminggu dan pengganas komunis tahu polis akan lalu di situ," katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Sri Lambak di sini, baru-baru ini. Hadir sama, Yang Dipertua Persatuan Pesara Polis Negeri Johor Cawangan Kluang, Jaafar Abu Bakar.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 2 people, people standing and text
ArtikelDiterbitkan 30 Aug 2021 11.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM