Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Hari Pahlawan 2021 Bunuh Lapan Pengganas Komunis

Published: 11 Sep 2021 7.16 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pengalaman menembak mati lapan askar komunis dalam Operasi Indera 12/Indera Khas di Bentong, Pahang pada tahun 1980 antara kenangan yang tidak boleh dilupakan oleh pesara SAC I Dato’ Mohd Rani Abdul Rashid sepanjang perkhidmatannya sebagai pegawai 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hari-pahlawan-2021-bunuh-lapan-pengganas-komunis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:32 MYT
Pengalaman menembak mati lapan askar komunis dalam Operasi Indera 12/Indera Khas di Bentong, Pahang pada tahun 1980 antara kenangan yang tidak boleh dilupakan oleh pesara SAC I Dato’ Mohd Rani Abdul Rashid sepanjang perkhidmatannya sebagai pegawai 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menyorot kembali peristiwa 41 tahun lalu, Dato’ Mohd Rani, 71, berkata, pada waktu itu, beliau dan beberapa rakan setugas ternampak kepulan asap kira-kira 500 meter dari lokasi pasukannya pada jam 7 pagi.

“Kami kemudian mengepung kawasan itu. Kami dapat melihat pergerakan lima askar komunis, ada yang sedang memasak, bersenam dan seorang daripada mereka sedang memegang selaras senapang,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Wangsa Maju baru-baru ini.

Beliau berkata, pergerakan dan komunikasi anggota 69 komando ketika itu hanya menggunakan isyarat.

“Ini merupakan disiplin anggota 69 komando dalam pertempuran, bertindak dalam senyap,” katanya.

Ikuti pengalaman sebenar bekas Komander 69 Komando PDRM, pesara SAC I Dato' Mohd Rani Abdul Rashid dalam memburu pengganas komunis menerusi keratan akhbar Sinar Harian seperti di lampiran.

ArticlePublished 11 Sep 2021 7.16 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM