Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Hari Malaysia 2021 Tidak Gentar Hadapi Musuh Kebal

Diterbitkan: 17 Sep 2021 2.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Peristiwa tersebut berlaku semasa era Konfrontasi Malaysia-Indonesia yang mencetuskan konflik bersenjata.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hari-malaysia-2021-tidak-gentar-hadapi-musuh-kebal
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:07 MYT
Kota Tinggi, 17 September 2021 – Setiap kali tiba­nya Hari Malaysia, pesara Sub Inspektor (SI) Mohd Salleh Yunos pastinya akan terkenang detik-detik ketika operasi berdepan tentera Indonesia yang terkepung setelah menyusup ke Pengerang dekat sini pada 1965.

Peristiwa tersebut berlaku semasa era Konfrontasi Malaysia-Indonesia yang mencetuskan konflik bersenjata.

Encik Mohd Salleh yang ketika itu bertugas di Batalion Kedua Pasukan Polis Hutan (PPH) Kem Hulu Kinta, Perak dihantar ke Singapura untuk diseberangkan ke Pengerang dengan feri dari Changi.

Kata veteran PPH berusia 87 tahun ini, kedudukan Pengerang yang merupakan pekan terpencil di selatan Johor agak jauh berbanding menggunakan jalan laut yang dekat dengan Singapura.

“Semasa Konfrontasi meletus, PPH dan tentera masih terlibat dalam operasi di sempadan Malaysia-Thailand kerana ancaman komunis masih ada ketika itu.

“Apabila menerima arahan untuk ke Penggerang, kami memang tidak ragu-ragu dan tak takut untuk berhadapan dengan tentera musuh walaupun ada cerita konon­nya mereka ini kebal dan tidak lut ditembak,” ujarnya.

Ikuti pengalaman sebenar pesara SI Mohd. Salleh mempertahankan kedaulatan negara dari dicerobohi musuh menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo Online.

May be an image of 2 people and text that says 'Oleh ZAKI SALLEH KOTA TINGGI Pesara polis kongsi pengalaman berdepan tentera Indonesia pada tahun 1965
ArtikelDiterbitkan 17 Sep 2021 2.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM