Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Hari Kebangsaan Ke 66 Ruang Udara Putrajaya Akan Ditutup Selama 60 Minit

Published: 26 Aug 2023 2.56 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam satu kenyataan memaklumkan badan itu telah mengeluarkan nasihat menerusi Penerbitan Maklumat Aeronautik berhubung perubahan sementara kawalan ruang udara dan pengurusan trafik udara di dalam dan ruang udara sekitar Kuala Lumpur.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hari-kebangsaan-ke-66-ruang-udara-putrajaya-akan-ditutup-selama-60-minit
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:41 MYT
Putrajaya, 26 Ogos 2023 - Ruang udara Putrajaya akan ditutup selama 60 minit mulai hari ini hingga 31 Ogos bagi memberi laluan kepada persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam satu kenyataan memaklumkan badan itu telah mengeluarkan nasihat menerusi Penerbitan Maklumat Aeronautik berhubung perubahan sementara kawalan ruang udara dan pengurusan trafik udara di dalam dan ruang udara sekitar Kuala Lumpur.

Menurut CAAM, nasihat itu dihebahkan memandangkan Tentera Udara Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia akan menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan 2023 sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Kebangsaan ke-66 yang akan diadakan di Putrajaya, pada 31 Ogos ini.

“Objektif perubahan ini adalah untuk memastikan aliran trafik udara yang selamat, teratur dan pantas sebelum, semasa dan selepas acara lintas hormat dan payung terjun dengan mengambil kira peningkatan jumlah pergerakan dan pengendalian khas yang diperlukan sepanjang acara sambutan ini,” menurut kenyataan itu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'hingga an Ruang udara Putrajaya akan ditutup selama 60 minit Putrajaya: Ruang udara perubahan sementara yang akan diadak
ArticlePublished 26 Aug 2023 2.56 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM