Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Hari Kebangsaan 2025 Bukan Mudah Layan Kuda

Diterbitkan: 03 Sep 2025 2.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 1 September 2025 - Pembabitan Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam sambutan Hari Kebangsaan yang menampilkan pelbagai baka terkemuka seperti Warmblood, Polo pony, Arabian, Thoroughbred, dan Stock horse, sememangnya dinanti-nantikan pengunjung.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hari-kebangsaan-2025-bukan-mudah-layan-kuda
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:38 MYT

Putrajaya, 1 September 2025 - Pembabitan Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam sambutan Hari Kebangsaan yang menampilkan pelbagai baka terkemuka seperti Warmblood, Polo pony, Arabian, Thoroughbred, dan Stock horse, sememangnya dinanti-nantikan pengunjung.

Pada acara sambutan di Dataran Putrajaya tahun ini, 30 kuda aset PDRM mengambil bahagian, diketuai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim.

Di sebalik kejinakkan dan kepatuhan semasa perbarisan, tidak ramai mengetahui bahawa anggota PDRM yang mengendali haiwan berkenaan mesti seorang yang cekap dan bijak ‘menawan' hati haiwan itu yang terkenal dengan sifat sensitif lebih-lebih lagi terhadap bunyi.

Pegawai Pemerintah Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan, DSP Dayang Kasmayane Awang Anak berkata, kuda yang terbabit bukan calang-calang kerana dilatih dengan rutin ketat termasuk melakukan tugasan seperti kawalan rusuhan, pencegahan jenayah, dan rondaan sempadan negara.

“Untuk itu, semua aset berkuda PDRM ini diberi pendedahan kepada bunyi kecil sehingga bising yang ekstrem seperti muzik, loceng, tembakan dan letupan dengan keadaan sebenar ketika operasi atau menghadapi insiden luar jangka seperti berdepan rusuhan yang memerlukan kawalan 'crowd control' berkesan.

Untuk perarakan Hari Kebangsaan, sensitiviti kuda bukan hanya pada persekitaran bising, tetapi juga pada kehadiran objek terbang seperti jet pejuang.

“Jadi, sekiranya kuda terkejut dan hilang kawalan, 'handler' kami ada beberapa teknik mengawal keadaan termasuk membuat bulatan yang semakin mengecil sehingga kuda berhenti,” katanya.

Sumber: Harian Metro

May be an image of text that says 'Kuda dilatih kawal emosi, biasakan diri dengan bunyi ekstrem termasuk letupan Putrajaya tika operasi Bukan mudah 'l


ArtikelDiterbitkan 03 Sep 2025 2.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM