Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Hari Kebangsaan 2023 Menyamar Intip Komunis Bandar

Published: 04 Sep 2023 3.43 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Mengimbau semula kejadian itu, Ahmad Rusli Ibrahim, 82, berkata, ketika itu dia ditugaskan untuk mengesan kedudukan komunis termasuk mengintip pergerakan dan kedudukan ahli jawatankuasa tertinggi komunis Pahang, Perak dan Selangor, Yau Tai Chong.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hari-kebangsaan-2023-menyamar-intip-komunis-bandar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:50 MYT
Seorang bekas polis Cawangan Khas memberitahu, dia pernah dilabel sombong ketika menyamar sebagai gelandangan untuk mengesan kedudukan komunis sehingga lokasi penyembunyian pengganas itu dapat diserbu.

Mengimbau semula kejadian itu, Ahmad Rusli Ibrahim, 82, berkata, ketika itu dia ditugaskan untuk mengesan kedudukan komunis termasuk mengintip pergerakan dan kedudukan ahli jawatankuasa tertinggi komunis Pahang, Perak dan Selangor, Yau Tai Chong.

Katanya, sebagai anggota Cawangan Khas, antara cabarannya ialah dia perlu merahsiakan identiti dan terpaksa mengikuti suspek dengan dekat hingga merisikokan keselamatan diri.

“Saya menyamar sebagai gelandangan untuk mengesan komunis di kawasan bandar. Saya pernah tinggal di tepi longkang lalu terserempak dengan bapa saudara.

“Saya buat tak tahu bila dia tegur hingga saya dilabel sombong. Itulah cabaran kerja hingga tidak ada gambar kenangan yang boleh disimpan," katanya yang bertugas di Cawangan Khas E3, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berpangkat Inspektor.

Ikuti kisah menarik pengasas pasukan keselamatan Lembaga Letrik Negara itu yang bukan sahaja perlu menyembunyikan identiti, malah merisikokan keselamatan diri demi memastikan pihak musuh berjaya diberkas.

Sumber: Kosmo

May be an image of 1 person and text that says 'Pesara kongsi kisah jejaki pengganas dikehendaki Menyamar intip komunis bandar ABDUL RASHID 'Saya meny
ArticlePublished 04 Sep 2023 3.43 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM