
Article
Keratan Akhbar Pilihan Hari Ini Dalam Sejarah Kpn Maut Ditembak Dua Lelaki
Ketua Polis Negara ke-3, Tan Sri Abdul Rahman Hashim ditembak mati oleh dua lelaki tidak dikenali di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Chulan sebelah...
Ketua Polis Negara ke-3, Tan Sri Abdul Rahman Hashim ditembak mati oleh dua lelaki tidak dikenali di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Chulan sebelah bangunan Lee Yan Lian pada 8 Jun 1974.
Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Besar Kuala Lumpur, kira-kira pukul 8.30 pagi dalam tempoh 10 minit selepas beliau ditembak.
Kejadian itu merupakan pembunuhan yang pertama ke atas orang kenamaan dalam sejarah negara dan pembunuhan ke-14 berlaku di Kuala Lumpur pada tahun itu.
Semoga roh Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman sentiasa dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.