Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Hargai Wartawan Sebagai Wira Tidak Didendang

Published: 05 Jun 2025 3.22 AM Updated: 15 Aug 2026 8.04 PM
Kuala Lumpur, 5 Jun 2025 - Setiap kali bencana melanda, wartawan tidak pernah berganjak daripada tugasan mereka untuk menyalurkan maklumat sahih kepada masyarakat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hargai-wartawan-sebagai-wira-tidak-didendang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:25 MYT
Kuala Lumpur, 5 Jun 2025 - Setiap kali bencana melanda, wartawan tidak pernah berganjak daripada tugasan mereka untuk menyalurkan maklumat sahih kepada masyarakat.

Meskipun ada kalanya mendapat kecaman hebat di media sosial namun wartawan tetap cekal di barisan hadapan berbekalkan perakam suara, nota dan mikrofon demi melaporkan situasi sebenar agar masyarakat menerima maklumat tepat dan sahih. Bagi agensi keselamatan utama negara, peranan wartawan tidak pernah dipandang remeh, malah golongan ini dianggap sebagai wira tidak didendang yang berani menyampaikan fakta dan kebenaran tanpa dibayangi agenda provokatif.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, media sebagai antara rakan strategik utama Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memainkan peranan penting dalam memelihara ketenteraman awam melalui pelaporan beretika dan bertanggungjawab.
“PDRM amat menghargai peranan media bukan sekadar penyampai maklumat tetapi juga sebagai pemerhati yang mampu mencadangkan penambahbaikan terhadap penyampaian perkhidmatan agar pasukan kekal berintegriti dan diyakini,” katanya kepada BERNAMA.

Tan Sri Razarudin berkata, kerjasama antara media dan agensi penguat kuasa turut selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai keterangkuman, ihsan, hormat dan tanggungjawab bersama.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 3 people and text


ArticlePublished 05 Jun 2025 3.22 AMUpdated 15 Aug 2026 8.04 PM