Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Harga Pak Belang Cecah Rm1 Juta

Published: 23 Sep 2023 3.51 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Shah Alam, 23 September 2023 - Sindiket pemburu haram bukan sahaja memiliki jaringan antarabangsa, malah restoran makanan eksotik dan kedai haiwan peliharaan juga antara rangkaian yang dikesan bersekongkol.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-harga-pak-belang-cecah-rm1-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:45 MYT
Shah Alam, 23 September 2023 - Sindiket pemburu haram bukan sahaja memiliki jaringan antarabangsa, malah restoran makanan eksotik dan kedai haiwan peliharaan juga antara rangkaian yang dikesan bersekongkol.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam operasi yang dijalankan turut mengesan ada premis-premis kedai menjual haiwan serta restoran-restoran eksotik di negara ini bersekongkol dengan sindiket bagi memastikan bekalan untuk dijual tidak terputus.

Lebih mengejutkan, menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM (KDNKA), kegiatan penyeludupan haiwan liar ini merupakan jenayah ketiga tertinggi di dunia selepas dadah dan senjata api.

Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali berkata, statistik sejak Januari lalu merekodkan sebanyak 101 tangkapan termasuk 12 wanita terdiri daripada warga tempatan dan asing.

Menurut beliau, mengikut pecahan jumlah tangkapan yang dilakukan, warga tempatan membabitkan 61 orang , Thailand (11 orang), Indonesia (10 orang), Myanmar (10 orang) dan Vietnam (sembilan orang).

“Tangkapan dan operasi ini dijalankan Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar (WCB) di bawah Jabatan KDNKA.

“Sebanyak 122 kes membabitkan nilai rampasan mencecah RM33.2 juta direkodkan bagi tahun ini,” katanya eksklusif kepada Sinar Harian.

Bacaan lanjut dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 8 people, slow loris and text that says 'Harga Pak Belang cecah RM1 juta Kegiatan penyeludupan binatang kini jenayah ketiga tertinggi du

May be an image of newsagent and text that says 'STATISTIK TAHUN 2023 Peranan WCB kekang jenayah hidupan liar SHAH ALAM sebelum engeksport dibina FO An ang
ArticlePublished 23 Sep 2023 3.51 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM