Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Hampir 41 Juta Saman Trafik Tertunggak Belum Dilunaskan

Published: 13 Aug 2024 7.21 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Petaling Jaya, 13 Ogos 2024 - Hampir 41 juta saman trafik tertunggak melibatkan anggaran nilai RM4 bilion sejak 1990 sehingga Jun lalu masih belum dijelaskan oleh pesalah lalu lintas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hampir-41-juta-saman-trafik-tertunggak-belum-dilunaskan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:30 MYT
Petaling Jaya, 13 Ogos 2024 - Hampir 41 juta saman trafik tertunggak melibatkan anggaran nilai RM4 bilion sejak 1990 sehingga Jun lalu masih belum dijelaskan oleh pesalah lalu lintas.

Daripada jumlah itu, sebanyak 51,128 jumlah saman bagi pelbagai kesalahan lalu lintas dengan nilai kira-kira RM5.1 juta melibatkan warga asing dari negara-negara jiran iaitu Singapura, Brunei dan Thailand.

Warganegara Singapura mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 35,011 saman membabitkan anggaran nilai RM3.5 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, pihaknya akan mengeluarkan notis pemberitahuan saman kepada pesalah trafik untuk pemakluman bagi menjelaskan tunggakan masing-masing.

Selain itu, katanya, pengguna jalan raya juga boleh disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan sekiranya tidak menjelaskan saman tertunggak.

Menurutnya, ia melibatkan enam kesalahan utama seperti melanggar lampu isyarat merah, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan alat komunikasi atau telefon semasa memandu, memotong barisan dan memandu serta menunggang laju.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 13 Aug 2024 7.21 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM